TEKS : Penggunaan Teks dalam aplikasi multimedia.
Labels:
Teks
✪
No comment yet
Penggunaan Teks dalam aplikasi multimedia.
Berikut merupakan beberapa
garis panduan dan perkara yang perlu diberikan perhatian semasa kita membangunkan
sebuah aplikasi multimedia
yang melibatkan teks:
§
Ringkas tetapi padat
⇒ penggunaan teks haruslah diminimakan, kecuali jika aplikasi
yang dibina mengandungi bahan rujukan yang banyak.
⇒ Walaupun begitu, adakalanya
penggunaan teks yang maksimum diperlukan terutama bagi aplikasi-aplikasi multimedia yang berunsurkan rujukan
seperti ensiklopedia.
⇒ Dari sudut rekabentuk pula, bagi sesebuah aplikasi multimedia, seeloknya teks yang digunakan haruslah kurang daripada separuh skrin yang digunakan.
§
Penggunaan typeface dan font yang bersesuaian
⇒ Pemilihan typeface
dan font yang bersesuaian dengan konsep, kumpulan
pengguna sasaran, isi kandungan
dan mood sesebuah aplikasi adalah penting didalam menentukan keberkesanan penyampian sesuatu maklumat.
⇒ Typeface dan font
selalunya digunakan bagi menarik
perhatian pengguna, meningkatkan kebolehbacaan, menetapkan
ton atau mood (samada serius,
sedih atau kelakar) dan juga bagi tujuan menetapkan sesebuah aplikasi.
⇒ Biasanya kebanyakan pilihan didalam pembangunan sesebuah
aplikasi multimedia amat berkait rapat dengan objektif
aplikasi dan pengguna
sasarannya.
§
Memastikan teks yang digunakan
boleh dibaca
⇒ Ini merupakan
salah satu ciri utama yang perlu diberikan
perhatian.
§
Pemilihan gaya tulisan dan warna teks
⇒ bertujuan untuk memberikan penekanan atau membezakan suatu isi kandungan dengan bahagian-bahagian lain pada paparan
atau media bercetak.
⇒ Kontras di antara aksara
atau perkataan amat memainkan peranan
yang penting didalam menentukan kejelasan
dan juga kebolehbacaan sesuatu perkataan
atau ayat.
§
Mengawal pemilihan font serta konsisten
⇒ rekabentuk skrin tidak terlalu
semak atau sukar dibaca.
⇒ Oleh itu, Pembangun seharusnya tidak menggunakan terlalu
banyak font, typeface, gaya dan warna.
⇒ Selain itu, pembangunan aplikasi multimedia
juga perlu menekankan konsep konsistensi didalam penggunaan teksnya.
Post a Comment
SUPPORT US WITH THE WORD OF SPIRIT