TEKS : Jenis-jenis Font
Labels:
Teks
✪
No comment yet
Jenis-jenis Font
- Serif
Font serif menggunakan tip-tip dekoratif atau flags pada penghujng stroke. Ia biasanya digunakan pada media-media cetak. Contoh-contoh font yang dikategorikan sebagai font serif.
Times dan times New Roman
Courier
Schoolbook
Bookman
- Sans Serif
Font Sans serif tidak mempunyai ciri-ciri yang dimiliki oleh font serif. Namun begitu, kebanyakkan komputer menggunakan font ini kerana ia menghasilkan paparan kontras yang lebih tajam. Contoh-contoh font yang dikategorikan sebagai font sans Serif.
Arial
Helvetics
Avant Garde
Font dalam persekitaran grafik
- Terdapat pelbagai penggunaan font di dalam persekitaran bergrafik di dalam komputer dimana kebiasaannya komputer peribadi boleh mencapai dan menggunakan pelbagai jenis font di dalam aplikasi-aplikasi yang berbeza.
- Berikut adalah beberapa proses atau teknik yang terlibat di dalam pengendalian teks dalam persekitaran grafik:
Rasterization
⇒Ia merupakan sistem bergrafik yang mampu membina dan menggunakan font untuk sesuatu proses.
⇒Rasterization wujud apabila komputer melukis font ke atas paparan 1 pixel pada satu-satu masa.
⇒Font yang dihasilkan adalah bergantung kepada saiz dan bilangan pixel yang tidak tetap akan menyebabkan teks yang dihasilkan sukar untuk dibaca dan kelihatan tidak licin.
Anti-aliasing
⇒Anti-aliasing merupakan teknik yang digunakan untuk menggabungkan font dengan latar belakang melalui pemindahan warna daripada warna font ke warna latarbelakang.
⇒Teknik ini akan meminimakan sudut-sudut yang tidak rapi agar paparan keseluruhan yang dihasilkan adalah kelihatan licin dan rata.
⇒Ia digunakan di dalam pakej perisian ‘paint’ dan ‘drawing’ di mana ia membenarkan pemindahan di antara latarbelakang imej dan elemen-elemen teks supaya kelihatan lebih licin dan jelas.
Bagaimana Teks Disimpan
- Bagi membolehkan teks dikekalkan atau disimpan di dalam komputer, maka teks telah disimpan sebagai fail-fail data dimana ianya membolehkan teks ini disimpan untuk satu tempoh atau jangkamasa yang panjang
- Skema pengkodan data bagi atau perwakilan teks boleh terdiri daripada beberapa jenis. Antaranya:
ASCII
ISO
Marked-Up-Text
Rich-Text format
Post a Comment
SUPPORT US WITH THE WORD OF SPIRIT