Teks : Pengenalan.

No comment yet
APA ITU TEKS??


  • Teks adalah salah satu media utama yang diperlukan dalam sesebuah perisian multimedia sama ada sistem navigation ataupun bagi tujuan penyampaian sesuatu isi kandungan perisian.
  • Teks adalah data yang paling asas serta menggunakan ruang simpanan paling sedikit berbanding dengan elemen-elemen multimedia yang lain.
  • Teks berbentuk perkataan, ayat, dan perenggan adalah digunakan untuk menyampaikan sesuatu idea, buah fikiran, dan fakta yang berkaitan dengan apa jua aspek dalam kehidupan kita sehari-hari.
  • Dalam Aplikasi multimedia, penggunaan teks yang terlalu banyak tidak digalakkan kerana
  1. Teks tidak dapat mempamerkan maklumat dengan menarik.
  2. Teks hanya digunakan pada bahagian penting sahaja
JENIS-JENIS TEKS

  1. Teks terdiri daripada :
  • Linear           
=> Struktur Teks yang tradisional.
=> Organisasi berbentuk linear dimana ia mempunyai bahagian permulaan dan penghujung.
=> Susunannya terdiri daripada beberapa siri seksyen / bab (section). Setiap bab mempunyai tajuk dan mungkin, mempunyai sub seksyen (subsection) yang akan membentuk perenggan.
=> Susunan teks berstruktur ini adalah dalm bentuk hirarki dan boleh digambarkan seperti struktur pepohon.
  • Tidak Linear
=> Dikenali sebagai Hypertext.
=> Susunan teksnya adalah secara tidak linear dan mempunyai struktur data graf..
=> Terdiri daripada nod yang merupakan bahagian teks yang bersaiz kecil dan akan dihubungkaitkan dengan bahagian teks yang lain menggunakan pautan (links).
=> Hypertext membolehkan pengguna melaksanakan operasi cari dan capai ke atas sesuatu dokumen dengan lebih cepat.

  1. Pemampatan teks ( compression) diperlukan untuk mengurangkan penggunaan ruang penyimpanan ketika penyimpanan dan pengagihan.
  2. Antara kaedah yang digunakan untuk pemampatan teks adalah :
  • Huffman coding
  • Lempel-Zil coding
  • Kedua-dua kaedah ini merupakan pemampatan lossless dan boleh memampatkan teks dalam bahasa inggeris kepada setengah atau dua pertiga daripada saiz asal.

Post a Comment

SUPPORT US WITH THE WORD OF SPIRIT