PENGAJARAN MULTIMEDIA

No comment yet





PERSEMBAHAN POWERPOINT
ELEMEN MULTIMEDIA
SESI PENJGAJARAN 1 MASA



Reply To This Comment

Video : Pengenalan

3 comments
APA ITU VIDEO??


Pengenalan Video


  1. Video merupakan rangkaian frame atau gambar yang bergerak secara cepat. video juga dikenali sebagai teknologi memproses isyarat elektronik bagi menghasilkan gambar bergerak. 
  2. Setiap pergerakkan gambar perlu memproses sebanyak 24 frame bagi satu saat.

Fungsi Video
  1. Menyampaikan maklumat kepada penonton
  2. Untuk memberi hiburan
  3. Sebagai pengajaran dan ikhtibar
  4. Video juga sebagai komunikasi antara sesama manusia
  5. Dengan video juga turut boleh menghasilkan filem
  6. Sebagai salah satu seni

Sumber Video
  1. Penghasilan sesebuah video memerlukan alat bantuan atau sokongan bagi membolehkan sesuatu video dihasilkan dengan menarik. 
  2. Kamera digunakan untuk merakam video penghasilan video juga turut memerlukan suntingan untuk menghasilkan video yang menarik dan bermutu. 
  3. Proses ini melibatkan suntingan untuk menambah muzik, teks, audio, dan sebagainya.



Format Fail Video

  • Terdapat beberapa format video antaranya:
  1. 3GP
  2. AVI
  3. RMVB
  4. MPEG
  5. MOV
  6. OGG
  7. FLV


Reka Letak Video
  1. Dalam pembangunan sesebuah video elemen yang penting adalah video dan audio serta teks dan grafik. 
  2. Perkara ini yang mempengaruhi kekuatan sesebuah video. 
  3. Selain itu, jalan cerita yang menarik menambahkan lagi kekuatan video tersebut. 
  4. Penghasilan sesebuah video yang bermutu perlu bermula daripada storyboard, skrip dan proses suntingan yang teliti.
contoh video:


Reply To This Comment

AUDIO : Pengenalan

1 comment
APA ITU AUDIO?


  • Pengenalan Audio 
  1. Audio merupakan salah satu media yang sering digunakan dalam sesuatu interaksi antara komputer dengan pengguna. 
  2. Elemen muzik, suara latar dan kesan bunyi merupakan antara beberapa contoh penggunaan audio yang boleh digunakan dalam sesebuah aplikasi multimedia.
  3. Seperti juga elemen multimedia yang lain, audio mampu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan, menimbulkan suasana yang lebih menyerlah dan menarik tumpuan terhadap apa yang ingin disampaikan.
  • Fungsi Audio
  1. Membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan (cth: penggunaan suara latar atau kesanaudio istimewa).
  2. Membantu meningkatkan daya tarikan terhadap sesuatu persembahan.
  3. mampu meningkatkan motivasi di kalangan para pengguna agar lebih berminat mengikuti suatu proses penyampaian maklumat.
  4. Menimbulkan suasana yang lebih menarik dan akan menghasilkan tumpuan terhadap isi yang dipersembahkan.

SUMBER AUDIO


  •  Terdapat 5 jenis audio yang digunakan dalam multimedia iaitu :
  1. HiperAudio  : Dimainkan secara berulang kali. Audio dibenarkan untuk dimainkan secara selari dengan persembahan multimedia, dirujuk sebagai hiperaudio.
  2. MP3 : Format fail audio yang boleh menggunakan codec audio MPEGuntuk enkod dan dekod muzik yang dirakam.Boleh mampat track audio CD dalam saiz yang kecil. Pemain MP3 untuk memainkan fail MP3.
  3. Audio Cakera Padat. : CD audio boleh menyimpan data selama 75 minit dengan kadar sampling 44,100 sampels per saat. Keupayaan cepat untuk merakam video. Banyak digunakan untuk lagu yang dirakam dan berkualiti.
  4. Audio : Digunakan untuk merakam bunyi yang didengar. Bentuk gelombang pada bunyi menerangkan tentang  amplitude, frekuensi dan kandungan yang harmoni.Format fail audio ialah wave.
  5. Midi : Kemudahan yang efisien untuk merakam muzik. Merakam maklumat persembahan dalam chip sound pada komputer untuk memainkan muzik. Terdapat MIDI kod untuk mengubah suai muzik menjadi perlahan, kuat, tukar kualiti dan tambah kesan bunyi. Kebaikan Midi ialah mempunyai fail yang lebih kecil dan padat, kualiti muzik yang bermutu serta mudah untuk melakukan ubahsuai fail. Kelemahan Midi pula tidak boleh digunakan untuk memainkan dialog perbualan.



Format Fail Audio


Berikut merupakan contoh-contoh format fail bagi audio:
  • AUDIO INTERCHANGE FAIL FORMAT (.AIFF DAN .AIF)
  1. Format ini sering digunakan pada sistem komputer jenis machintosh, IBM dan yang serasi dengannya.
  2. Boleh menyimpan sehingga 32 bit.

  • MUSICAL INSTRUMENT DIGITAL INTERFACE (.MID, .MDI, .MFF)
  1. Format yang diterimapakai di seluruh dunia bertujuan menyimpan audio dan jenis MDI.

  • SOUND (.SND)
  1. Format fail yang diperkenalkan oleh Apple dan hanya sesuai digunakan bagi audio yang  bersaiz sehingga 8 bit.

  • WAVE (.WAV)
  1. Format fail yang paling meluas digunakan.
  2. Disokong oleh sistem operasi windows.
  3. Mampu menambung saiz dari 8 bit sehingga 16 bit.

  • SUN AUDIO (.AU)
  1. Digunakan oleh komputer jenis stesyen kerja SUN Microsystem.
  2. Merupakan format audio 16 bit.

  • .MPEG
  1. Format fail yang makin popular.
  2. Digunakan untuk tujuan penyaluran muzik melalui talian internet.


Reka letak Audio
  1. Reka letak adalah ilmu atau kemahiran yang digunakan untuk meletakkan dan menyusun media pada paparan bagi membentuk persembahan yang menarik.
  2. Bahan audio boleh dihasilkan melalui rakaman yang mudah yang tersedia ada pada kaset audio.  
  3. Mikrofon yang berasingan (external microphone) pengadun audio (audio mixer) boleh digunakan untuk mengadun suara dengan muzik latar atau kesan bunyi.

Reply To This Comment

Animasi : Pengenalan

1 comment
APA ITU ANIMASI??




  1. Animasi ialah pertunjukkan pantas urutan imej-imej statik 2D atau 3D untuk mewujudkan ilusi pergerakan. 
  2. Animasi akan meninggalkan kesan ilusi optik pergerakan disebabkan oleh fenomena pengekalan penglihatan, dan boleh ditunjukkan dan dilakukan dalam beberapa cara. 
  3. Kaedah yang paling kerap digunakan ialah membentangkan animasi sebagai program wayang gambar ataupun video.

Pergerakan animasi bola melompat di atas ialah gabungan daripada gambar-gambar di bawah.




  • Pergerakan animasi bola melompat di atas ialah gabungan daripada Fungsi-fungsi Animasi
  1.  Menyampaikan maklumat secara praktis:  grafik animasi digunakan menyampaikan maklum balas serta pengukuhan dalam aktiviti.
  2. Sebagai bantuan ilustrasi: untuk menggambarkan struktur ,fungsi, urutan antara komponen di dalam domain spesifik.

  • Sumber Animasi
          Terdapat 5 jenis audio yang digunakan dalam multimedia iaitu :

          1)  Animasi Cel 

  • Animasi cel  merupakan lembaran-lembaran yang membentuk animasi tunggal. Masing-masing sel merupakan bahagian yang terpisah, misalnya antara objek dengan latar belakangnya, sehingga dapat saling bergerak sendiri. 

  • Misalnya seorang animator akan membuat animasi orang berjalan, maka langkah pertama dia akan menggambar latar belakang, kemudian karakter yang akan berjalan di lembar berikutnya, kemudian membuat lembaran yang berisi karakter ketika kaki diangkat, dan akhirnya karakter ketika kaki dilangkahkan. 
  • Animasi Cel disebut juga Animasi Tradisional dimana terdapat beberapa langkah pembuatannya.


2) Animasi Frame 

  • Animasi frame adalah bentuk animasi paling sederhana. 
  • Contohnya ketika kita membuat gambar-gambar yang berbeza gerakannya pada sebuah  buku kemudian kita buka buku tersebut dengan cepat maka gambar akan kelihatan bergerak. 
  • Dalam sebuah filem, semua frame bergerak dengan masa yang minimum seperti 24 frame per saat agar frame tidak bergoyang gambarnya. 



3) Animasi Sprite 

  • Pada animasi sprite, gambar digerakkan dengan latar belakang yang diam. 
  • Sprite adalah bagian dari animasi yang bergerak secara sendiri, seperti : burung terbang, planet yang berputar, bola yang memantul, ataupun logo yang berputar. 
  • Dalam animasi sprite yang dapat kita edit adalah animasi dari layar yang mengandung sprite, kita tidak dapat mengedit bagian dalam yang ditampilkan oleh layar untuk masing-masing frame seperti pada animasi frame. 



4) Animasi Path 

  • Animasi path adalah animasi dari objek yang bergerak sepanjang garis kurva yang ditentukan sebagai lintasan. 
  • Misalnya dalam pembuatan animasi kereta api, persawat terbang, burung dan lain-lain yang memerlukan lintasan gerak tertentu.
  •  Pada kebanyakan animasi path dilakukan juga kesan looping yang membuat gerakan path terjadi secara terus menerus. 



5) Animasi Spline 

  • Spline adalah persembahan matematik dari lengkung. 
  • Sehingga gerakan objek tidak hanya mengikuti garis lurus melainkan berbentuk lengkung.


6) Animasi Vektor 

  • Vektor adalah garis yang memiliki ujung-pangkal, arah, dan panjang. 
  • Animasi vektor mirip dengan animasi sprite, tetapi animasi sprite menggunakan bitmap sedangkan animasi vektor menggunakan rumus matematik untuk menggambarkan spritenya. 

goblockg2


7) Animasi Character 

  • Animasi karakter biasanya terdapat di filem kartun. 
  • Semua bagian dalam filem kartun selalu bergerak bersama. 
  • Software yang biasa digunakan adalah Maya Unlimited. 
  • Contoh filem kartun yang dibuat dengan Maya Unlimited adalah Toy Story dan Monster Inc.


Jenis Animasi

1) Animasi 2D (2 Dimensi)




  • Terdapat pelbagai siri televisyen animasi 2D popular yang sedang ditayangkan di saluran Disney, Nikelodeon,Cartoon Network dan juga di saluran televisyen tempatan. 
  • Animasi 2D lebih kos efektif, mudah diterbitkan dan mempunyai pasaran yang sangat baik di pasaran televisyen global.
  • Contoh applikasi Animasi 2D pada rancangan TV
  1. “Jake and the Neverland Pirates” (Disney, 2011)
  2. “SpongebobSquarepants” (Nickleodeon, 1999)
  3. “The Simpsons” (Fox, 1989)


2) Animasi 3D (3 Dimensi)



  • Perkembangan teknologi dan komputer membuat teknik pembuatan animasi 3D semakin berkembang dan maju pesat.
  •  Animasi 3D adalah pengembangan dari animasi 2D. 
  • Dengan animasi 3D, karakter yang diperlihatkan semakin hidup dan nyata. Semenjak Toy Story buatan Disney (Pixar Studio), maka studio filem dunia bersaing menghasilkan filem sejenis dengannya.
  •  Maka muncullah kartun seperti Bugs Life, Antz, Dinosaurs, Toy Story 2, Monster Inc., hingga Finding Nemo, The Incredible, Shark Tale. Cars.
  • Format File Animasi
  1.  Animasi 2 Dimensi aplikasi Flash : .fla & file.swf
  2.  Animasi 3 Dimensi
  3. Aplikasi 3 DSmax : file.max
  4. Aplikasi Ulead 3d : file.c3d

Reka Letak

Papan Cerita atau Storyboard

Close encounter motif storyboard for NHL tv30 commercial spot.



  • Papan cerita adalah himpunan lakaran rupa bentuk skrin-skrin paparan yang digunakan dalam aplikasi perisian multimedia.
  •  Dalam melakar papan cerita, kita perlu mengaplikasi konsep reka letak. 
  • Papan cerita disediakan pada peringkat awal proses reka bentuk. 
  • Papan cerita adalah lakaran imaginasi tentang apa yang hendak dipaparkan dalam satu persembahan perisian multimedia.

  • Antara kelebihan papan cerita ialah :
  1. Membolehkan pembangun perisian mencambah minda dan idea
  2. Dapat merancang reka bentuk muka perisian di peringkat awal
  3. Membolehkan pembangun perisian menzahirkan idea sebelum dipindah di atas paparan komputer
  4. Membolehkan merancang dan mengaplikasi teori serta strategi pembelajaran dengan mudah
  5. Perubahan dapat dilakukan dengan mudah
  6. Menjimatkan masa dan kos pembinaan perisian
  7. Mengurangkan risiko tertinggal mklumat persembahan yang penting
  • Antara elemen yang diperlukan untuk membina papan cerita ialah :
  1.  Warna latar belakang
  2. Jenis font
  3. Saiz huruf
  4. Warna huruf
  5. Format gambar
  6. Video
  7. Audio
  8. Animasi

Reply To This Comment

Grafik : Pengenalan

2 comments

APA ITU GRAFIK? 



  1. Fungsi grafik dalam multimedia:
  • Merupakan persembahan visual dan ia membantu kita dalam menyampaikan sesuatu idea atau maklumat yang sukar untuk disampaikan melalui teks atau tulisan.
  • Membantu mempercepatkan penyampaian sesuatu maklumat dengan lebih berkesan serta menjadikan lebih menarik.
  • Penggunaan grafik dalam internet misalnya pada halaman Web mampu menceriakan lagi pencarian maklumat oleh pengguna.


  1. Sumber grafik
  • Grafik boleh ditafsirkan sebagai sebahagian daripada gambar , lukisan klip , gambar foto dan lukisan garisan yang digunakan untuk menghasilkan latar belakang, kandungan maklumat dan kawalan pencarian di dalam produk multimedia. 
  • Grafik berkomputer merujuk kepada imej yang dihasilkan menggunakan komputer. Imej berkomputer merujuk kepada imej yang mudah seperti garisan dan bulatan ataupun yang kompleks seperti fractal.
  • Grafik melibatkan lukisan yang abstrak dan boleh dilakukan dengan menggunakan perisian tertentu dalam komputer untuk memudahkan kerja kita.
     2. Jenis-jenis grafik
  • Grafik berkomputer terbahagi kepada dua:
  1. Imej Raster atau grafik Bitmap.(2-D)
  2. Imej Vektor atau grafik Metafile. (3-D) 



     3. Format fail grafik
  • Fail format image bitmap:
  1. BMP (Windows Bitmap)
  2. PCX (Zsoft Paintbrush graphics format)
  3. TIFF (Tagged Image File Format)
  4. GIF (Graphic Interchange Format)
  5. JPG (Platform-independent graphics format)              
                                                                                                                                                        
     4. Fail format grafik vektor:
  1. .CDR (CorelDRAW)
  2. .CGM Computer Graphics Metafile)
  3. .DRW (Micrografx Designer)
  4. .DXF
  5. .EPS (Encapsulated PostScript)
  6. .GEM (GEM metafile)
  7. .PIC (Picture format)
  8. .PICT (Macintosh format)
  9. .WMF (Windows metafile)


     5. Reka letak
  • Reka letak sesuatu objek dan tulisan juga amat penting dalam penghasilan bahan grafik.
  • Kedudukan objek atau tulisan yang bercelaru atau tidak mengikut aturan akan menghasilkan rekaan grafik yang tidak menarik.
  • Terdapat enam prinsip asas reka letak, setiap satu memainkan peranan penting untuk menjadikan hasilan grafik kelihatan menarik.
  • Prinsip asas tersebut termasuklah contrast, alignment,simplicity,proximity, emphasis dan repetition.

     6. Gandingan warna


  • Penggunaan jenis warna yang dinamik boleh memainkan peranan penting dalam penghasilan bahan grafik.
  • Gandingan warna merupakan satu cara bagaimana sesuatu warna diterjemah kepada data numerik. Terdapat beberapa jenis model warna yang digunakan oleh grafik berkomputer. 
  • Antaranya adalah:
  1. RGB
  2. CMYK
  3. HSB
  • Pemilihan kombinasi warna tertentu perlu diberikan keutamaan dalam penghasilan bahan grafik.
  • Kombinasi latar belakang dengan objek atau huruf tertentu dapat menambahkan tarikan terhadap hasilan grafik.
  • Warna-warna mempunyai skema tertentu, seperti Skema Primer, Skema Sekunder dan Skema Tertiar.
  1. Skema Primer terdiri daripada tiga warna utama, iaitu merah, biru dan kuning.
  2. Skema Sekunder pula adalah terdiri daripada warna violet, oren dan hijau.
  3. Warna tertiar terdiri daripada enam warna iaitu Merah-Violet, Merah-Oren, Biru-Violet, Kuning-Oren, Biru-Hijau dan Kuning-Hijau.
  4.  Kesemuanya adalah hasil daripada kombinasi warna-warna sekunder.





Reply To This Comment