Grafik : Pengenalan
Labels:
grafik
✪
2 comments
APA ITU GRAFIK?
![](http://www.xtreak.com/go/veerle/137599/graphic-design-2560x1600.jpg)
- Fungsi grafik dalam multimedia:
- Merupakan persembahan visual dan ia membantu kita dalam menyampaikan sesuatu idea atau maklumat yang sukar untuk disampaikan melalui teks atau tulisan.
- Membantu mempercepatkan penyampaian sesuatu maklumat dengan lebih berkesan serta menjadikan lebih menarik.
- Penggunaan grafik dalam internet misalnya pada halaman Web mampu menceriakan lagi pencarian maklumat oleh pengguna.
- Sumber grafik
- Grafik boleh ditafsirkan sebagai sebahagian daripada gambar , lukisan klip , gambar foto dan lukisan garisan yang digunakan untuk menghasilkan latar belakang, kandungan maklumat dan kawalan pencarian di dalam produk multimedia.
- Grafik berkomputer merujuk kepada imej yang dihasilkan menggunakan komputer. Imej berkomputer merujuk kepada imej yang mudah seperti garisan dan bulatan ataupun yang kompleks seperti fractal.
- Grafik melibatkan lukisan yang abstrak dan boleh dilakukan dengan menggunakan perisian tertentu dalam komputer untuk memudahkan kerja kita.
2. Jenis-jenis grafik
- Grafik berkomputer terbahagi kepada dua:
- Imej Raster atau grafik Bitmap.(2-D)
- Imej Vektor atau grafik Metafile. (3-D)
![](http://reezluv.com/wp-content/uploads/2010/12/bitmpap-vector.jpg)
3. Format fail grafik
- Fail format image bitmap:
- BMP (Windows Bitmap)
- PCX (Zsoft Paintbrush graphics format)
- TIFF (Tagged Image File Format)
- GIF (Graphic Interchange Format)
- JPG (Platform-independent graphics format)
4. Fail format grafik vektor:
- .CDR (CorelDRAW)
- .CGM Computer Graphics Metafile)
- .DRW (Micrografx Designer)
- .DXF
- .EPS (Encapsulated PostScript)
- .GEM (GEM metafile)
- .PIC (Picture format)
- .PICT (Macintosh format)
- .WMF (Windows metafile)
![](http://www.ctl.utm.my/publications/manuals/gfxtechno/images/image027.gif)
5. Reka letak
- Reka letak sesuatu objek dan tulisan juga amat penting dalam penghasilan bahan grafik.
- Kedudukan objek atau tulisan yang bercelaru atau tidak mengikut aturan akan menghasilkan rekaan grafik yang tidak menarik.
- Terdapat enam prinsip asas reka letak, setiap satu memainkan peranan penting untuk menjadikan hasilan grafik kelihatan menarik.
- Prinsip asas tersebut termasuklah contrast, alignment,simplicity,proximity, emphasis dan repetition.
6. Gandingan warna
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhuutvSzfhLA7YPLf7zKQuOUX5xsFXDpjMsGE9x9juk_JmXRKcwSz_Kj2ICQFmt3qCClvOj9FZUMyelHTrPL8iaCkfrD7OGpbXjsmQC3AeRY3rAAuKvl2R7vmdCaX6Id-IK5KAzmdJ5niU/s400/ColorGame02.jpg)
- Penggunaan jenis warna yang dinamik boleh memainkan peranan penting dalam penghasilan bahan grafik.
- Gandingan warna merupakan satu cara bagaimana sesuatu warna diterjemah kepada data numerik. Terdapat beberapa jenis model warna yang digunakan oleh grafik berkomputer.
- Antaranya adalah:
- RGB
- CMYK
- HSB
- Pemilihan kombinasi warna tertentu perlu diberikan keutamaan dalam penghasilan bahan grafik.
- Kombinasi latar belakang dengan objek atau huruf tertentu dapat menambahkan tarikan terhadap hasilan grafik.
- Warna-warna mempunyai skema tertentu, seperti Skema Primer, Skema Sekunder dan Skema Tertiar.
- Skema Primer terdiri daripada tiga warna utama, iaitu merah, biru dan kuning.
- Skema Sekunder pula adalah terdiri daripada warna violet, oren dan hijau.
- Warna tertiar terdiri daripada enam warna iaitu Merah-Violet, Merah-Oren, Biru-Violet, Kuning-Oren, Biru-Hijau dan Kuning-Hijau.
- Kesemuanya adalah hasil daripada kombinasi warna-warna sekunder.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjDzFNxfpsOoNXH3NcFO7g6XEcPv2_Xi5K_TSxI-XaVpPbD4b-7toX0204lxrXRmnaQgdztSK6x5XX0mnx2oZIsq4P4peCdS65PBeU67uzuM7Ed7Md5XRIrTQ39wIN2Dtxysg4y0K_AFfU/s1600/image017.gif)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEikCJEoL38vn4aHf_W0-LtQxnW3Cbb4sX4dk84dkHD-yKnAWu4VrH3LFaZOef1f9P7FvnOK3LfGexDsJcsDtUGAaozZNu6nDL0UJgY9iSHMzJWBMGjdzrjIBeQIunUn5_08LuJFMHztAD0/s1600/image018.gif)
2 comments
wauuu.....awesome ! XD
contoh2 yang bgs...tq..:)
Post a Comment
SUPPORT US WITH THE WORD OF SPIRIT